26 April 2009

# Panorama yang jarang anda temui #



Selalunyer kite nampak orang gantung teddy bear ker...spongebob ker..nie lain plak...
ade ke patut depa g letak budak kt ctue....xpatut2x...




nie act je mcm tgh tido....sebenonyer tgh tahan kotak tue...gna tengkok...sbb kaki ngan tangan die dah gna tahan kotak lain...



haaa...klau nak tau nie ler cara baru nak lock kete...haiya...xpenah dbuat orang...pelik2...


haaa...nie baru namenyer jalan2 makan angin...hehe...baik plak anjing 2 dok diam2 dalam bakul tue....mesra semacam jer....

kat muo belum ade lagi bas camnie...kisah nyer gara2 xpenah bawak bas double decker tersangkut le aircond nyer kt ctue...kecian betul....

hayyyyy.....mcm2 krenah kt malaysia nie....baru kat malaysia...kt negara lua lg teruk....pape pun berbangga lah anda menjadi wrganegara malaysia....bak kata orang ujan emas di negera org, ujan batu dinegara sendri...lebih baik dnegara sendiri kan....


.....sekian...wasallam....




25 April 2009

# Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? #


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku
dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala
menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat.
Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah
hatiku.

Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan
merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan
disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu,
diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang
disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang
Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi
mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan
yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang
lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang
mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya
perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan
dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di
luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke
tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha
Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama
itu kembali.

Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali
persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali
kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada
Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu
terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi
aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi
bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku
diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari
telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak
tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar!
Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan
tanganku ini. Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan
kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami,
ampunkanlah aku. Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan
merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan
solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku
ini milik Allah. Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah
kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku..
Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa
kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk
melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. .


Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah...