29 June 2009

..:: Rahsia punggung, Yang mana satu anda? ::..


Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia
menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam
kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat,
rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil.
Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang
yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang
sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju
keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup
teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang
berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai
mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa
sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang
baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang
sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata
negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata
yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat
sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar
mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.

4. Besar

Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur.
Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai
cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak
ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem".
Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang
mampu dikumpulkan.

5. Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan
empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai
mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan
tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa
depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif
untuk memajukan diri.

No comments: