29 June 2009

..:: Tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka ::..

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah
menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah
mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas,
berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan
menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam
pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat
rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain
dan berpotensi menduakan suami. Namun
pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa
mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar
dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan
mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai
simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah
terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam
banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai
berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada
tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan
bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat
padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada
orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan,
pandai mengambil hati dan pandai menghargai
orang. Suka mementingkan teman dari dirinya
sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan
rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang
pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah
termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang
tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan,
dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban
kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik
ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya
kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin
dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika
bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada
lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau
suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka
menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak
tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu
sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada
awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan
berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu
boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani
menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja,
suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan
perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak
suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal
kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan
wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah,
*****a kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan
tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar
dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun
dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam
banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka
berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang
pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan
sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya
agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat
dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan
dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya
sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila
bersuami taat pada suaminya namun suka
merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia
tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya
dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak
suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak
telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati
dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha
dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap
pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi
apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Betul ka?

No comments: