29 June 2009

..:: Tips kesihatan dan kecantikkan untuk wanita 30-an ::..

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap
dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri.
Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali
menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita
mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri
sendiri.

Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya
yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat
tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman
yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an,
keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan
krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan
kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama
popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda
banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang
panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit,
ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada
kekeringan.

d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun
tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.

e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan
dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk
kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air
dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit.
Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran
toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk
wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah
menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.
Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan
mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan
foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan
membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an
mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama
yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat
membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”

__._,_.___

No comments: