07 May 2009

..:: Kecantikan dan Airmata Seorang Wanita ::..



Assalammu'alaikum......

"Tahu tak: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. "Kecantik­n seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya"

Allah s.w.r...berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa"

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

..:: KaaBaH EnGGaN BeRgErAk ..::

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.

Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk
dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah.

Malaikat datang membawa perintah
Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak
menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.

Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada
lagi beberapa orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa
orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.

Mereka lantas di bawa
keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....


~~ Ya Allah Ya Tuhanku...Betapa bertuah nya hamba Mu ini Ya Allah...Kaabah sanggup engkar arahan Mu hanya kerana ingin diiringi oleh mereka yang mengelilinginya...Ya Allah...aku begitu berhajat ingin mengelilingi nya Ya Allah...Semoga daku mendapat rahmat Mu Ya Allah...AMIN....~~

06 May 2009

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1 -وجه جميل : wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين : duit yang banyak
3- صحة قوية : kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا : anak2 yg cerdik & berjaya mcm kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية : tidur yang nenyak tanpa ganguan



senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad SAW

  1. Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
  2. Siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
  3. Barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
  4. Siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
  5. Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

..:: CiNta iTu aNuGeraH ::..

Andaikata dunia hendak meraih CINTA, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana CINTA itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. CINTA berasal dari Tuhan ". (Al Hujwiri -Kasyf Al-Mahjub )

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

CINTA itu seperti sinar matahari, memberi CINTA mengharap kembali.CINTA itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. CINTA itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

CINTA adalah sebuah janji,CINTA adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah
CINTA, ia tidak hadir dengan permintaan.. . namun ia hadir kerana ketentuannya. ...jika ia sebuah CINTA, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan... namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

CINTA tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.

CINTA tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. CINTA juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.

CINTA tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti CINTA jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

CINTA itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian... gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.

CINTA tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpaCINTA tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.

Untuk ber
CINTA kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

CINTA perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala CINTA lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan CINTA itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja
CINTA itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

CINTA ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu..

CINTA yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

CINTA itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. CINTA itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. CINTA itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh
CINTA, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.

Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Ada
CINTA yang agung antara hamba dan Tuhannya. CINTA kudus antara bonda dan anaknya. Ada CINTA rafik yang setia.. Ada CINTA berahi antara kekasih teruna dara. Ada CINTApersaudaraan yang tiada bandingnya. Ada CINTA sesama makhluk yang begitu mulia dan CINTA dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

05 May 2009

<<:: KoNvO ::>>

Alhamdulillah....syukur kehadrat ILAHI...aku dapat menamatkan diploma ku kt Politeknik Seberang Perai....hemmm..


Tp sayang....aku lupe nak bawak kamera...huhu...terpakse ler nyebuk...sedih jgk...mmber sume bgambo sakan...tp x pelah...janji ade jgk gambo kenang kenangan....



1 lg hal yg aku lg sedihhh...abah x dpat datang...kene jage pilihan raye...ntah hape2 ntah...wktu org konvo wk tue ler dpa nak wat pilihan raye...kacau betul...



Sungguhpun abah x dpt datang, gambo pun x banyak, tp aku bersyukur sb tunang yang tersayang datang memeriahkan lg hari yang bermakna buat ku..



Abg...time kasih sbb sanggup dtang dari jauh nak tgk ayg naik pentas....LuV U sOOO MuChh...MmMmUuuuuAaAaaHhHhhh23x....

26 April 2009

# Panorama yang jarang anda temui #



Selalunyer kite nampak orang gantung teddy bear ker...spongebob ker..nie lain plak...
ade ke patut depa g letak budak kt ctue....xpatut2x...




nie act je mcm tgh tido....sebenonyer tgh tahan kotak tue...gna tengkok...sbb kaki ngan tangan die dah gna tahan kotak lain...



haaa...klau nak tau nie ler cara baru nak lock kete...haiya...xpenah dbuat orang...pelik2...


haaa...nie baru namenyer jalan2 makan angin...hehe...baik plak anjing 2 dok diam2 dalam bakul tue....mesra semacam jer....

kat muo belum ade lagi bas camnie...kisah nyer gara2 xpenah bawak bas double decker tersangkut le aircond nyer kt ctue...kecian betul....

hayyyyy.....mcm2 krenah kt malaysia nie....baru kat malaysia...kt negara lua lg teruk....pape pun berbangga lah anda menjadi wrganegara malaysia....bak kata orang ujan emas di negera org, ujan batu dinegara sendri...lebih baik dnegara sendiri kan....


.....sekian...wasallam....




25 April 2009

# Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? #


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku
dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala
menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat.
Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah
hatiku.

Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan
merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan
disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu,
diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang
disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang
Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi
mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan
yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang
lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang
mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya
perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan
dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di
luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke
tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha
Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama
itu kembali.

Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali
persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali
kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada
Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu
terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi
aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi
bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku
diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari
telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak
tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar!
Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan
tanganku ini. Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan
kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami,
ampunkanlah aku. Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan
merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan
solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku
ini milik Allah. Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah
kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku..
Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa
kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk
melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. .


Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah...