29 June 2009
..:: JANGAN ::..
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita..
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia...
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
..:: KaSiH NaBi MuHaMMaD KePaDa IsTeRi2 NyE ::..
Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri
baginda.
"Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri"
Dari Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa
mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang
berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda
kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab
Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau
begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk,
lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).
"Memberi Wangi-Wangian Pada Aurat"
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s..a.w. apabila meminyaki badannya,
baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk
pe wan gi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a..w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).
"Mandi Bersama Isteri"
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.
menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke
dlm bejana tesebut )." ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).
"Disikatkan Oleh Isteri"
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah
s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ).
"Meminta Isteri Meminyaki Badan"
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd
hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan
jumrah aqabah." ( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).
"Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama"
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari ca wan yg sama walaupun
ketika haid. Nabi mengambil ca wan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat
saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil ca wan
tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya,
lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu
Baginda pun menghirupnya.." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
"Membelai Isteri"
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti
mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersam sehingga Baginda singgah ke
tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di
tempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ).
"Mencium Isteri"
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil
wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak
mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri
Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun
sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ).
"Berbaring Di Pangkuan Isteri"
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di
pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian
beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
"Memanggil Dengan Panggilan Mesra"
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di
sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).
"Menyejukkan Kemarahan Isteri Dengan Mesra"
Nabi s.a..w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata,
"Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan
Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah
diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).
"Membersihkan Titisan Harah Haid Isteri"
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di
atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas
tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda
tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu
pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi
di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja
& tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas
tikar itu.." ( Hadis Riwayat Nasai ).
"Memberikan Hadiah"
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah
dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak
memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol
minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal
dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di
kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum )
berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah
s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda
memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang
sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad )
"Segera Menemui Isteri Apabila Tergoda"
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wan ita, lalu Baginda
masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan
keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau
menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara
kamu melihat wan ita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd
diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wan ita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda,
memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan
sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa
cinta, kasih & sayang antara suami & isteri.
Inilah teladan yg perlu di contohi
..:: BeRiNGaTLaH ::..
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ....
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.
..:: Tips kesihatan dan kecantikkan untuk wanita 30-an ::..
dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri.
Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali
menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita
mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri
sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya
yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat
tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman
yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an,
keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan
krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan
kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama
popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda
banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang
panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit,
ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada
kekeringan.
d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun
tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu.
e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan
dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk
kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air
dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit.
Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran
toksin dalam tubuh badan.
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk
wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah
menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.
Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan
mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan
foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan
membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an
mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama
yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat
membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
“Wanita… sumber ilham selalu..”
__._,_.___
..:: Tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka ::..
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah
menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah
mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas,
berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan
menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam
pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
Seksualnya kurang membara melainkan
pasangannya pandai mencari tempat
rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain
dan berpotensi menduakan suami. Namun
pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa
mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar
dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan
mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai
simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah
terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam
banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai
berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada
tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan
bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat
padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada
orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan,
pandai mengambil hati dan pandai menghargai
orang. Suka mementingkan teman dari dirinya
sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan
rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
Keputusannya tidak seimbang, kurang
pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah
termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang
tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan,
dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban
kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik
ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya
kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin
dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika
bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada
lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau
suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka
menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak
tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu
sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada
awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan
berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu
boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani
menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja,
suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan
perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak
suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal
kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan
wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah,
*****a kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan
tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar
dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun
dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam
banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka
berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang
pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan
sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya
agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat
dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan
dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya
sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila
bersuami taat pada suaminya namun suka
merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia
tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya
dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak
suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak
telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati
dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha
dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap
pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi
apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
Betul ka?
..:: Rahsia punggung, Yang mana satu anda? ::..
Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia
menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam
kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat,
rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??
1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil.
Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang
yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang
sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju
keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup
teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.
2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang
berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai
mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa
sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang
baik atau yang buruk.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang
sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata
negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata
yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat
sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar
mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur.
Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai
cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak
ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem".
Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang
mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan
empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai
mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan
tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa
depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif
untuk memajukan diri.
28 June 2009

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! 29 April 2009.
ALOR SETAR - Setelah lima hari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langgar di sini diganggu dengan kelibat wanita berambut panjang, masih terdapat pelajar sekolah itu berada dalam keadaan yang 'tidak tenteram'.
Semalam, setelah memulakan persekolahan, dua pelajar sekolah berkenaan 'agak tidak tenteram' apabila masih diganggu oleh 'puaka sekolah', mereka kemudian diberikan cuti berehat.
Tinjauan Kosmo! kelmarin mendapati SMK Langgar sudah tenang dengan tidak ada pelajar yang terkena histeria tetapi semalam masih ada gangguan berlaku.
Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abd. Rahman, dua pelajar perempuan sekolah itu seperti tidak stabil dan 'terganggu' ketika belajar dan memaksa pihak sekolah memberikan mereka cuti.
"Dua pelajar itu macam tidak tenteram sahaja tetapi bukan meronta-ronta atau histeria, selepas ditenteramkan sekolah hantar mereka pulang untuk berehat beberapa hari," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! sejak Rabu lalu melaporkan mengenai 41 pelajar SMK Langgar tiba-tiba diserang histeria apabila pelajar mendakwa melihat kelibat wanita berambut panjang berkeliaran ketika majlis bacaan Yasin di sekolah itu.
