"Oh TuHaN...SeAnDaInYa TeLaH KAu CaTaTKaN DiA MiLiK KU...TeRcIpTa UnTuK DiRi Ku..SaTuKaNlAh HaTiNyA DeNgAn HaTi kU...TiTiPkAnLaH KeBaHaGiaAn..."
28 June 2009
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA kamilah.mustapha@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! 29 April 2009.
ALOR SETAR - Setelah lima hari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langgar di sini diganggu dengan kelibat wanita berambut panjang, masih terdapat pelajar sekolah itu berada dalam keadaan yang 'tidak tenteram'.
Semalam, setelah memulakan persekolahan, dua pelajar sekolah berkenaan 'agak tidak tenteram' apabila masih diganggu oleh 'puaka sekolah', mereka kemudian diberikan cuti berehat.
Tinjauan Kosmo! kelmarin mendapati SMK Langgar sudah tenang dengan tidak ada pelajar yang terkena histeria tetapi semalam masih ada gangguan berlaku.
Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abd. Rahman, dua pelajar perempuan sekolah itu seperti tidak stabil dan 'terganggu' ketika belajar dan memaksa pihak sekolah memberikan mereka cuti.
"Dua pelajar itu macam tidak tenteram sahaja tetapi bukan meronta-ronta atau histeria, selepas ditenteramkan sekolah hantar mereka pulang untuk berehat beberapa hari," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! sejak Rabu lalu melaporkan mengenai 41 pelajar SMK Langgar tiba-tiba diserang histeria apabila pelajar mendakwa melihat kelibat wanita berambut panjang berkeliaran ketika majlis bacaan Yasin di sekolah itu.
"Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bngku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.
Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.
Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?" Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.
Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk......! :D :D
Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik www.iluvislam.com dihantar oleh: al-ihsan95 Editor: ar-ruhul JADEED
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .
Sebaiknya jangan letakkan @yahoo, @gmail dan seumpama dengannya jika anda ingin berikan email. Sebaiknya gantikan @ dengan [at]..Hal ini untuk mengelakkan spammers termasuk encik 'google' mengesan email kita. harap maklum....
Ape yang ptt aku buat skrg...terasa boring sgt2...mgu nie last aku kt cnie...terasa syg nak tgl wlaupun byk duke jgk kt cnie...tp x kurang suke nyer...mcm2 yang jd dalam hidup aku skrg nie...terasa beban yg teramat sangat...AC-COBAAN...nak wat cmner...aku rindu kt tunang aku..bla ler bleh jempe...nti plak...rindu kt mmber2..
Kepada sape kt lua sana tue...sayangilah orang d sekeliling kite...jgn ler nak bermusuh jer...x baik tau...eh...ape yg aku mrepek nie...dah ler....nak main game dulu nie...hehehe...jmpe lg....
(",) “Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolong mu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk” (Al-Baqarah, 2:45)
(",) ”Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153)
(",) "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempatkesudahan itu. (Ar-Ra'du,13:24)
Bismillahirrahmaanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat dan umat Islam seluruhnya...
Kata ustaz saya, ada hadith pasal kebaikan kalimah itu. Maksud hadith,
"Laailaha illallah itu kotaKu (kota Allah). Barangsiapa menyebutnya, maka diatelah masuk ke dalam kotaku. Dan barangsiapa masuk ke kotaKu, sesungguhnya diatelah aman (daripada kesusahan/keburukan)."
Kebaikan menyebut laailaha illallah juga ada disebut dlm al-Quran, surahIbrahim, surah ke-14, ayat 24 & 25.
"Tidak kah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik
** seperti pohon yang baik, akarnya teguh (di bumi) dan cabangnya
(menjulang tinggi) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musimdengan izin Tuhannya.. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk semua manusia supaya mereka selalu ingat." (Ibrahiim, 14:24 & 25)
**Termasuk dalam "kalimat yang baik" ialah kalimat tauhid, segala ucapankebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimattauhid seperti kalimat "laailaha illallah."
Kalimah “Lailahaillallah”
·barang hilang
·susah nak belajar
·naklembutkan hati yg keras
·anak tak dengar cakap
·rasa macam ade hantu
·rasa macam ade benda yg memerhatikan kita
·rasa takut
·rasa resah gelisah,
·murung
·sedih tak bersebab
·rasa malas
·rasa berat badan
Bila memasak, menyapu, sidaikain, lipat baju, berjalan, duduk dan bila2 masa kita teringat.
Niatlah dalamhati menurut apa yg kita hajatkan.
"Ya Allah, lembutkanlah hatisuamiku."
"Ya Allah, hilangkan rasa malasku ini."
"Ya Allah, berilahkegembiraan kepadaku."
"Pilihlahapa yg Allah pilihkan untuk kita." Maksudnya, Allah sudah anjurkan supayamenyebut kalimah laailaha illallah dan janjinya adalah merasa aman. Begitu jugayg telah diterangkan dalam Al-Quran.
Jadi seeloknya, kita ikutlah Al-Quran & hadith tetapkan untuk kita.Tak perlulah pula pergi jumpa bomoh, pawang, buat perkara2 syirik, hanyasemata-mata nak tundukkan suami kita.
Silap2, sebab pergi mintak azimat dgnbomoh2, pawang2 itulah menyebabkan suami kita jadi macam orang bodoh, takkeruan atau tak sedar, pakai dengar je apa orang cakap, atau boleh jadi sisuami angguk je apa yg disuruh. Ilmu2 yang batil macam tu hanya mengundang balakepada keluarga. Allah pula murka. Na'uzubillahi min zalik..
Jangan lupa juga, banyakkan solat sunat taubat, hajat & tahajjud. Mintaklah Dengan sungguh2 agar Allah lembutkan hati suami kita. Sesungguhnya Allah itu berasa malu apabila ada hambaNya yg meminta , menadah tangan , memohon sesuatu keperluan , tanpa dipenuhi keperluan itu. Allah itu maha pemurah.
Kalau ada masa, amalkan membaca surah Yassin setiap hari pasal kebaikan surah ini juga ada disebut dalam wasiat Nabi Muhammad kepada Saiyidina Ali.
Sedikit contoh kebaikan membaca surah ini : perkara yang susah jadi senang, kalau dalam kelaparan akan merasa kenyang, kalau barang hilang akan berjumpa kembali, kalau seseorang yang bujang akan berkahwin, kalau dibacakan untuk prang yang nazak, akan mudah urusannya dan sebagainya..
Memang benar.. memang rasa hati ni seolah-olah bengkak menahan sabarmenghadapi perangai seseorang, apatah lagi dia suami kita, org yg paling kitakasih, paling dekat, dan orang yg kita perlu taat padanya selepas Allah &Rasul.
Selalulah mengadu pada Allah, Dia Maha Mendengar, Dia Maha Dekat, DiaMaha Lembut dgn hamba-hambaNya, Dia Maha Kasihan pada kita. Kalau kita takcakap pun, Dia Allah sudah tahu apa yg terbuku di hati.
Tapi, jgn kita lupa, Allah yg memiliki hati mereka. Allah-lah yang mampumembolak-balikkan hati mereka. Kalau Allah nak jadikan hati yg keras macam batutiba-tiba lembut macam air, tak sampai satu kerlipan mata pun.
"Kun fayakun!" Yakinlah dengan Allah, jgn putus asa dengan rahmat Allah. Akhir usaha adalahbertawakkal kepada Allah. Terpulanglah kepada Allah apa yg ditakdirkan ke ataskita. Yg penting, kita sudah minta tolong & bantuan serta doa daripada Allah.
Dialah Pemilik semua hati2 manusia, termasuklah hati suami kita.
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikianitu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45)
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :- ** Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
** Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
** Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
** Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
** Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
** Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
** Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
** Sekiranya isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!