28 June 2009


Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

KERATAN Kosmo! 29 April 2009.

ALOR SETAR - Setelah lima hari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langgar di sini diganggu dengan kelibat wanita berambut panjang, masih terdapat pelajar sekolah itu berada dalam keadaan yang 'tidak tenteram'.

Semalam, setelah memulakan persekolahan, dua pelajar sekolah berkenaan 'agak tidak tenteram' apabila masih diganggu oleh 'puaka sekolah', mereka kemudian diberikan cuti berehat.


Tinjauan Kosmo! kelmarin mendapati SMK Langgar sudah tenang dengan tidak ada pelajar yang terkena histeria tetapi semalam masih ada gangguan berlaku.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abd. Rahman, dua pelajar perempuan sekolah itu seperti tidak stabil dan 'terganggu' ketika belajar dan memaksa pihak sekolah memberikan mereka cuti.

"Dua pelajar itu macam tidak tenteram sahaja tetapi bukan meronta-ronta atau histeria, selepas ditenteramkan sekolah hantar mereka pulang untuk berehat beberapa hari," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! sejak Rabu lalu melaporkan mengenai 41 pelajar SMK Langgar tiba-tiba diserang histeria apabila pelajar mendakwa melihat kelibat wanita berambut panjang berkeliaran ketika majlis bacaan Yasin di sekolah itu.

No comments: